Searching...

Tips Pengiklanan Internet



Selamat sejahtera, 

Aku selalu tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membuat ayat yang boleh menarik perhatian, ayat yang boleh menjual.. Serious aku cakap, ayat kat siggy aku tu, kadang-kadang aku tukar banyak dan banyak kali untuk memuaskan hati aku sebab aku tak tahu ayat bagaimana yang boleh menarik perhatian orang untuk klik...

Artikel kat bawah ni aku dapat dari gilerkentang, aku fikir artikel ini sangat berinformasi... Jadi, aku kongsikannya dengan korang semua...

Berikut merupakan tips pengiklanan di Internet, ianya lebih kepada bagaimana kita sebagai pengiklan mahu mencipta ayat promosi...

Tips Pertama:

Iklan anda perlu mempunyai tajuk yang menarik. Tajuk iklan yang baik tidak sedikit pun kelihatan seperti iklan, tetapi lebih kepada perkongsian maklumat. Sebagai contoh, tajuk "Kami Menjual Pakaian Berjenama Dengan Harga Murah" hanya memperlihatkan anda ingin menjual sesuatu untuk keuntungan semata-mata. Sekiranya tajuk iklan yang sama ditukar kepada "Tahukah Anda Tidak Semua Pakaian Berjenama Itu Mahal?", pasti lebih ramai yang ingin mengetahui apakah rahsia yang terdapat dalam iklan tersebut. Pastikan anda membuat sedikit artikel berkenaan dengan tajuk iklan tersebut dan selitkan kelebihan produk atau kelebihan anda dalam artikel tersebut.

Tips Kedua:

Gambar dapat menjadikan sesuatu iklan lebih menarik berbanding iklan yang tidak bergambar. Secara realitinya, sekiranya terdapat dua iklan bersebelahan, pasti iklan bergambar akan dilihat dahulu walaupun sebenarnya iklan yang tidak bergambar memberi tawaran yang lebih baik. Gambar juga mampu menerangkan keadaan produk yang dijual secara sendiri.

Tips Ketiga:

Sekiranya anda mempunyai iklan Facebook atau Twitter, iklankan produk atau perkhidmatan anda menggunakannya. Ini kerana iklan yang baik akan tersebar secara sendiri apabila setiap pengguna yang membaca iklan tersebut klik "Like" atau "Tweet". Kaedah ini lebih dikenali sebagai pemasaran mulut ke mulut.

0 comments:

Post a Comment